<_SpeakNow_
ViewHere

StoryMeThem


LittleDisclaimer

Hello Everyone,welcome to my wonderful land,fell free to navigate around.. Please don't remove the credit and respect me,:)
~Replace this with your welcome note♥
My Music



SpeakByMe



ClapToThem
❊Bab Enam❊
Friday 19 October 2012 | 12:50 | 0 panda
Seminggu berlalu, Iris merasa bosan duduk dirumah tanpa membuat apa-apa. Bila ingin tolong dimarahi ibunya. Bila pergi rumah ibu Rayyan ingin berjumpa ibunya memang ada,tapi asyik diganggu si Rayyan yang 'jongos' itu. 

Tiba-tiba, kedengaran enjin motor "postman" di depan pintu. Iris menerima tawaran kerja. Iris begitu riang sampai naik gila dia memegang sehelai kertas tawaran kerjanya. Ibunya sampai terkejut dan bergegas pergi lihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya melihat Iris melompat riang sambil memegang sehelai kertas. "Iris, kenapa ni? Gembira betul kamu?" Iris gelak seperti seorang budak baru mendapat mainan baru. "hahaha,ibu nilah, Iris dapat tawaran kerjalah ibu" sambil menghulurkan sehelai kertas.

"Ya Allah, Alhamdulilah. rezeki kamu Iris." tersenyum lebar ibu Iris. Iris hanya tersenyum dan mengenangkan nasibnya nanti. Alangkah bahagianya dia dapat menerima tawaran itu. Cita citanya ingin berkerja ke Kuala Lumpur telah tercapai. Iris ditawarkan menjadi doktor praktikal veterina di sana. Ya, ini memang yang diimpikan oleh Iris selama ni. Iris terus menelefon rumah ibunya Rayyan. Kebetulan ibu Rayyan baru tiba di rumah nya.

"Hello, assalamualaikum ibu ! haha. ibu, Iris dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. " ujar Iris. "Waalaikummusalam , iya? bila kamu pergi? Alhamdulilah , akhirnya tercapai jugak impian kamu yea sayang. " ujar ibu Rayyan sambil tersenyum lebar. Rayyan pelik melihat ibunya terlalu gembira. Rayyan menyapa ibunya "Kenapa ibu? gembira semacam je ni? " ujar Rayyan. "Ni haa, si Iris ni haa, dapat tawaran kerja kat Kuala Lumpur tu, seronok sangat dia. haii , tercapai jugak cita cita bakal menantu ibu ni , yang kamu ni? tak dapat tawaran kerja ke belum ?" Rayyan terkejut sambil menjerit "Bakal menantu?! , eh ibu ni ! ke situ pulak dia nyaa . alahh . ada lah dekat Kuala Lumpur jugak . "Haa , baguslah kalau macam tu , kamu boleh tengok tengokkan bakal menantu ibu tu kan ? boleh kan ? " ujar ibunya. Rayyan hanya tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Ibunya hanya tersenyum dan berlalu pergi.

❊Bab Lima❊
Friday 18 May 2012 | 11:50 | 0 panda
Iris cuba menenangkan dirinya dengan menghirup udara segar di tepi sawah. Duduk di sebuah pondok usang yang telah memberi banyak kenangan kepada dia dengan seseorang. Yang pernah ada di hatinya dan pernah meninggalkannya di situ jugak. Bila Iris mengenangkan semua itu dari mula pertemuannya dengan orang yang pernah yang dia sayang dan kali terakhir dia berpisah dengan orang yang pernah dia sayang. Bila teringat memang susah untuk dilupakan. Maya pulang ke rumah dengan perasaan rindu kepada si dia yang teramat sangat.

Sesudah sampai di rumah,

"Assalamualaikum ibu."sambil tersenyum. "Waalaikumussalam" sambil menggaul sesuatu dalam bekas. "eh? ibu nak buat apa ni? ada orang tempah ke ibu? meh Iris tolong" pinta Iris ingin menolong ibunya yang kelihatan penat."eh, jangan, biar ibu buat dah nak siap dah ni, sikit je lagi dah. Kamu ke mana tadi Iris? tadi ibu Rayyan cari tau?"ibunya memberitahunyaa. "hehe. jalan-jalan keliling kampung ibu, rindu, satu kampung ni Iris ronda. hehe, eh? Ibu Aishah cari? sebab apa ibu?" bertanya kembali. "entahlah ibu, pergilah kamu menjenguk sekejap Ibu Rayyan tu, takut ada hal penting pulak nanti, macam mana?" ibunya mencadang.
"okay. malam nantilah Iris pergi,penat nak mandi sekejap" sambil mencium pipi ibunya.

Sedang Iris mengusap dan membelai rambutnya yang paras bahu,tiba-tiba dia melihat satu kotak kecil yang comel berwarna merah jambu. Kotak itu tetera nota "I love you, but I have to forget you. because you do not belong to me anymore. I promise I will never forget you and never find you again. 

Loveyou
Miss MJS"

Iris membuka kotak itu. Tiba-tiba Iris menjadi sebak lalu menangis sebab tidak dapat menahan kesedihan itu. Iris meneliti betul-betul gambar seorang lelaki yang pernah amat dia sayang. "Awak, saya rindu sangat kat awak, saya minta maaf, saya tak dapat lupakan awak, awak selalu dalam ingatan saya, mana saya pergi saya selalu teringatkan awak, saya mengaku awak, kadang-kadang hati saya selalu memanggil nama awak." sambil memeluk gambar itu dengan erat sekali. Iris tidak mampu melepaskan lelaki itu,walaupun dia tiada di samping Iris. Iris melihat semua gambar dia dengan lelaki itu. Semua itu sekarang hanya tinggal kenangan.
Iris membaca surat pertama yang pernah dia dapat oleh lelaki itu. Surat itu mengatakan "I Love you,Maya Juwita Iris." Iris hanya mampu ketawa kecil apabila membaca surat itu dan teringat semasa lelaki itu sampai tersandung mengejar Iris. Lelaki itu lakukan semuanya demi seorang gadis yang dia sayangi iaitu Maya Juwita Iris.
Iris ingat lagi, dia lah orang yang pertama dan orang yang terakhir memanggil dia dengan nama "Maya". Sedang lris memerhatikan gambar-gambar dia bersama lelaki itu, Iris melihat rantai yang namanya menuliskan "MayAris" Iris tersenyum melihat rantai itu lalu memakai di lehernya.

"Maya Juwita Iris Binti Rashid, kamu buat apa tu sampai ibu panggil banyak kali pun tak dengar ni?" sambil mengetuk pintu."Eh? ibu. sorry sangat. Iris memang tak dengar tadi" sambil tersengih. "Kamu kata nak ke rumah Ibu Rayyan tadi? dah pukul sembilan ni?" tanya ibunya. "eh? haah lah. hehe. okay Iris pergi dulu eh ibu? muah. sayang ibu." sambil mencium ibunya. "eh? Iris, ni tolong kirim kan untuk Ibu Rayyan kirim salam kat keluarga dia, cakap ibu minta maaf tak dapat datang, ibu penat" kata ibunya sambil tersenyum."okay ibu."membalas senyuman ibunya kembali.

Sampai di rumah Rayyan,

"Assalamualaikum,ibu~ ni Iris ni."menjerit Iris sambil memanggil Ibu Aishah. "Waalaikumussalam,ibu takde lah Iris,aku adelah Rayyan" sambil buat muka macho."kenapalah aku jumpa dengan si 'jongos' ni? kenapalah kenapalah"monolog Iris sendirian sambil membuat muka menyampah."Woi pendek! termenung pulak, kau bawak apa ni? untuk aku eh?terima kasih lah,susah susah je" sambil menghulurkan tangan untuk menyambut bekal yang dipegang Iris. "eh eh! ini bukan untuk kau lah! ini untuk ibu lah,ibu pergi mana?"soal Iris. "Alahh kau ni,aku lapar ni. Tolong lah aku." rengek Rayyan. "ish!kau ni selenge lah. nah ambil lah, kau tinggalkan sikit untuk ibu, boleh?"kata Iris. Rayyan hanya tersenyum. 

❊Bab Empat❊
| 00:24 | 0 panda
Pada keesokan harinya,Iris mengambil kesempatan untuk menghabiskan masanya ronda kawasan kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Tiba-tiba sebuah kereta berdesus laju di hadapan Iris, mengucap panjang "Subahanallah! sapa lah bawak kereta macam pelesit ni! dia tak tahu ke ni jalan kampung, AH! lantak lah. peduli apa aku"
sedang Iris berjalan seorang diri.,tanpa diduga Rayyan menepuk dia dari belakang. "hoi pendek, ape kau buat hah!" Iris tersentap sambil mukanya pucat lesi kerana dikejutkan oleh Rayyan sebentar tadi."Ya Allah! Rayyan kau ni kan! nasib baik aku takde penyakit sakit jantung! kalau tak mati katak aku kat sini kau nak angkat ke? marah Iris. "Alah kau ni Iris, aku saje je. jgn lah 'emo' sangat,kalau kau mati katak? aku tak angkat. aku heret? apa macam? terbaik lah! HAHAHA"kata Rayyan sambil tersengih seperti kerang busuk" Ish! Berani kau nak heret aku! meh sini aku kau dulu 'jongos'!" Rayyan sudah membuka langkah seribu, tapi bagi Iris bukan langkah seribu yang dibuka. Sejuta! wow. tidak mampu dilawan untuk mengejar Rayyan! macam burung unta! kelajuan yang maksima. Tak sanggup Iris ingin mengejarnya. Lelah Iris ingin bernafas, Iris berehat di bawah pokok yang rendang sambil tersenyum mengenangkan kejadian tadi. 


Sementara Rayyan tidak sedar yang Iris tidak mengejarnya lagi. Dia hanya tergelak dan berlari anak. Rayyan mulai rasa letih dan pusing ke belakang. Rayyan terkejut apabila dia berpaling ke belakang melihat seorang gadis tapi bukannya pujaan hati Maya Juwita Iris, monolog Rayyan sendiri "siapa pulak ni? tak pernah aku tengok pun, nak kata ni Iris takkan lah Iris bertukar wajah pulak." Tiba-tiba gadis itu menghampiri Rayyan dan memeluk tangan Rayyan. Rayyan tersentak lalu menepis. "EH! awak ni sapa?" sambil tersenyum tak ikhlas. "eh? tak kenal ke I sayang. I lah Farah. Tak ingat ke?"dengan suara yang lemah lembut. "hah? Farah? saya tak ingat lah. Minta maaf, mungkin awak salah orang, awk cari sapa eh? mungkin saya boleh tolong awak.


"ish U ni Rayyan ni I lah. tadi I pergi rumah U ibu U cakap U jalan jalan meronda kampung, kebetulan kita terserempak kat sini. wow! memand kita ada jodoh kan? seronok nya!" sambil memeluk erat tangan Rayyan. Monolog Rayyan sendirian "ish dia ni. dah lah tak kenal tiba tiba main peluk peluk aku, pastu ade hati pulak cakap aku ada jodoh dengan dia, ish! aku tak sanggup, aku nakkan Iris je."


Sedang Rayyan melayan Farah, kebetulan Iris lalu disitu, Iris terkejut dan hanya tersenyum saja. Iris melihat muka Rayyan, dari reaksi muka Rayyan, Iris tahu Rayyan rimas dan terpaksa melayan karenah gadis itu. Iris hanya tersenyum dan berlalu pergi, Farah hanya membuat muka sinis dan berlagak, dan menarik Rayyan jalan-jalan. boleh dikatakan sejam melayan karenah si Farah yang mengada-ngada itu.Puas Rayyan mencari alasan untuk pergi. Hanya mampu melayan karenah dia yang mengada-ngada itu. Rayyan hanya inginkan Iris di samping nya. Dia meraba-raba poket nya dalam menekan "keypad" telefonnya untuk mencari nama Iris di telefonnya tapi malangnya dia lupa untuk meminta nombor Iris semalam. Tiba-tiba tanpa sebarang amaran Farah mencapai telefon Rayyan sambil berkata "WOW! sayang. ni phone U ke? comel nya. eee~ comelnya gambar U ni. geram I tengok muka U sayang." "eh? jangan sentuh barang saya. saya tak suka. bagi balik phone saya. please?"


Tanpa diduga muka Iris menjadi muram bila diingatkan kejadian tadi. "aik? kenapa aku nak 'emo' pulak? Rayyan tu bukannya laki aku. hekhek"monolognya sendirian.

❊Bab Tiga❊
Tuesday 7 February 2012 | 02:53 | 1 panda
Aku dan Rayyan dengan langkah yang begitu ringan bagaikan kertas membuka langkah lari. lari lintang pukang. Kami mengelilingi pangkin rumah ku yg begitu usang dan lusuh. Akhirnya aku dan Rayyan dapat ditangkap dan menerima hukuman yang setimpal. Iaitu penangan hempukan senduk dari ibu.

Kami ketawa riang lalu ibu meninggalkan kami berdua di pangkin lama itu. Kami masih termengah-mengah dan masih tersisa dengan gelak tawanya. Tiba-tiba lelaki "jongos" itu bersuara "oii pendek, kau bile hah nak datang umah aku? ibu rindukan kau lah makcik". Aku memberi tumbukan di lengan nya yang bertubuh sasa nya. "ish!! sabar lah senget, aku nak pergi lah ni,alang alang kan kau dah ade,ape lagi?? jom lah datuk "jongos" hehe~"sahut ku sambil tergelak kecil.

Aku dan Rayyan berjalan perlahan-lahan menuju ke detinasi seterusnya, iaitu Rumah Ibu (rumah Rayyan). Perjalanan kami mengambil masa hanya 5 minit. tidak jauh dari rumah. Sepanjang perjalanan itu,aku dan Rayyan berbual-bual kosong untuk menghilangkan rasa bosan walaupun perjalanan tidak lah sejauh mana.

"Eh,Rayyan!Kau dengan siapa skrg?".Aku bertanya sambil tersenyum sinis.

"Haha.Apa lah kau ni Iris.Aku tiada masa lah nak cari awek-awek ni.Kenapa?Mesti kau tergugat kn kalau aku ada orang lain?".Rayyan seperti mengejek Iris dengan gurauannya itu.
"Hello?aku tergugat?simpang lah Rayyan!".aku tergelak besar.


Dari jauh sudah kelihatan kelibat Puan Aishah yang sedang bersantai bersama Tuan Arshad di laman rumahnya itu.


"Eh Iris.bila balik ke sini?sampai hati tk ckp kt ibu".ibu kelihatan seperti merajuk akan kelakuan aku yang tidak memberitahunya akan kepulangan aku ke kampung halaman.


"Maaflah ibu.bukan Iris tak nak beritahu ibu.Iris terlalu excited nk balik kampung.tu yang terlupa tu.sorry ya ibu"usik aku.
"Sudah-sudah lah merajuk ibunya.Iris dah datang melawat kita kat sini pun kira okay lah tu kan,betul tak Iris?".Tuan Arshad tergelak kecil.
"haha. okay okay. ibu melawak je tadi. sayang juga Iris kat ibu ye?"
"hehe. terima kasih ibu. EH! mesti lah Iris sayang kat ibu, SAYANG IBU" sambil memeluk ibu Rayyan.




"Ish Iris, dah lah peluk ibu aku. Aku jelous lah!" Rayyan menghentak kaki sambil membuat muka kanak kanak berusia setahun.
"Hahaha. alololo~ . Ibu sayang Rayyan juga, dua-dua ibu sayang." Ibu Rayyan memeluk aku dan Rayyan sambil tersenyum riang.

❊ Bab Dua❊
Thursday 26 January 2012 | 03:20 | 1 panda
Pada petang itu, aku sampai di kampung halaman ku. Hatiku melonjak riang melihat aku di tempat asal ku sendiri. Aku melihat banyak perubahan sejak aku meninggalkan kampungku kerana ingin mengejar impianku. AKu sangat rindukan suasana kampung halamanku. Angin sayup-sayup meniup dan dapat dirasakan oleh ku seakan-akan memanggil dan menyambut kepulanganku. Aku rindu segala-galanya yang aku lalui bersama rakan sepermainan ku iaitu Ahmad Rayyan. hahaha. nama dia seakan-akan ala inggeris kn? haha. Al-maklum lah,kacukan. Yang paling penting aku rindukan gelakan "jongos" nyaa. haha.

Aku dan Rayyan kawan dari kecil lagi. besar sama-sama kecik sama-sama. Sama-sama cerdik sama-sama bodoh. haha. Ibu dan ayah memang sangat rapat dengan keluarga Rayyan. Keluarga Rayyan sangat baik,aku dianggap seperti anak sendiri oleh keluarga Rayyan. Tuan Arshad dan Puan Aishah memang sangat sayangkan kami berdua. Sebab itu jugalah aku terlampau rapat dengan kelurga Rayyan, sehinggakan peminat-peminat Rayyan memcemburui aku. Tapi aku langsung tidak menghiraukannya, kerana aku pergi ke sekolah untuk belajar bukan nya bergaduh disebabkan seorang lelaki.



Aku dibuai kisah silam, sampaikan ibu terperasan akan kelakuanku yang pelik yang tergelak seperti digeletek oleh seseorang. Ibu menyapaku "Amboi,kenapa kamu ni? sihat ke tidak?" Iris terkejut dengan sapaan oleh ibunya "Hehe, mana ada ibu, saya sihat jelah" sahutku. Ibu hanya tergelak melihatku sambil mengelengkan kepalanya.

Aku menjerit kecil dan menanya ibu "Ibu, Rayyan mana? lama sungguh tidak bertemu budak "jongos" tu.". Ibu pelik melihat ku samabil berlalu pergi. Aku hanya terdiam sepi lalu tersenym sendirian. Aku mengangkat semua barang aku dan menjenguk ibu di dapur. IBU kelihatan sibuk memasak sehinggakan tidak dapat merasakan kehadiranku. Aku melangkah perlahan lalu menjerit 'IBU' lalu memeluk ibu. Melatah ibu bagaikan senapang gajah. Aku ketawa sambil mengesat airmataku melihat keletah ibu.

Dan tanpa ku sedari kedengaran suara lelaki yang sangat aku kenali. Rupa-rupanya lelaki "jongos" itu ada. Rayyan namanya. Rayyan jugak ketawa terbahak-bahak melihat keletah ibu. Aku tergamam melihat dia lalu menghampiri dia dan aku melepaskan tumbukan. Tumbukan aku mendarat di perut lelaki "jongos" (Rayyan) itu. Rayyan hanya tergelak kecil sambil memegang perutnya menahan sakit akibat menerima tumbukan aku sebentar tadi. Dia tergelak sampai ingin berguling melihatku yang sudah mula membuka silat.

Aku berkerut dahi dan berdialog seperti zaman Hang Tuah dahulu"Hey Jebat! berani kau menceroboh kawasanku?""Haha. hoi Tuah, berani kau memarahi aku, kau siapa huh?' ejek Rayyan sambil gelak nakalnya tapi bagiku itu adalah gelak "jongos"nyaa. Aku mulakan langkah dan menjerit untuk memukulnya. Dia lari lintang-pukang mengelilingi dapur rumahku."Jaga kau Jebat!Aku dapat kau nanti aku semebelih kau!"ujarku. Rayyan sembunyi di belakang ibuku. Ibuku mengambil senduk kayu lalu mengejar aku dan Rayyan.

❊Bab Satu❊
Sunday 15 January 2012 | 02:08 | 1 panda
Aku tiba di stesen bas yang sesak dengan penumpang dan pelbagai kenderaan. Aku terpaku dek terkejut melihat ibu dan ayah yang sudah pun berusia yang sanggup menunggu kepulanganku. Tiba-tiba hatiku terasa sayu sekali ketika melihat ayah dan ibu. Hati ayah dan ibu melonjak riang saat melihat kelibatku disitu. Mereka mula mengukir senyuman yang tidak mampu aku lupakan. Tanpa diseru lantas aku berlari lalu memeluk ayah dan ibu dengan erat. pelukanku disambut oleh auah dan ibu sambil menitiskan airmata tanda gembira."Ya Allah ya Tuhanku, aku amat merindui mereka,sudah 7 tahun kami berpisah akhirnya dengan takdirMu aku berkesempatan untuk berjumpa keluarga tersayangku. Alhamdulilah ayah dan ibu sihat. terima kasih Ya Allah, dengan berkatMU memberi kesempatan ayah dan ibu dapat menjemputku. Aku sangat gembira mendapat kenikmatan yang kau beri Ya Allah" monologku di dalam hati sambil tersenyum


Ayah hanya berkerja sebagai pemandu lori sahaja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Ibu pula hanya suri rumah sepenuh masa yang menjaga makan minum kami sekeluarga. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Kakak dan abang-abangku sudah berjaya ke menara gading dan sudah mendapat segulung ijazah. Kakak sulungku berjaya menjadi doktor pakar, abang keduaku sudah menjadi askar, abang kembarku itu dua-dua sudah menjadi peguam. Hanya aku seorang sahaja yang sedang menunggu tawaran kerja. Al maklumlah baru tamat belajar di sebuah universiti iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Disana aku mengambil jurusan perubatan doktor veterina kerana aku bercita-cita untuk menjadi doktor veterina . Ibu dan ayah tidak pernah menghalang aku untuk menjadi apa yang aku mahu.



"Terima kasih ayah,ibu, Adik akan lakukan yang terbaik untuk diri adik,demi diri adik dan demi ayah dan ibu" monologku lagi.

*ulala~ introduce lah*
Saturday 14 January 2012 | 11:50 | 1 panda
Assalamualaikum,






hai, nama saia nurul syafikah bt rusli. umur saia sweet 6teen. saia berasal dari kuantan pahang. tempat lahir saia di kuantan,pahang. saia dilahirkan dalam keluarga yg sederhana. saia mempunyai due orang adeq beradeq. saia anak bongsu dalam keluarge saia. cite cite saia mmg nak jadi penulis novel. penulis novel adalah cite cite saia selepas bercite cite untuk menjadi seorang peguam. saia harap dengan cerita yg saia bt ni dapat sokongan dari awak semua dan saia hanya ingin mencube sahaja. bukan untuk dibanggakan. hanya untuk mengisi masa kosong awak. 

LoveYahh,
Яʋяʋ Ƥσℓcαcισ