
|
ViewHere LittleDisclaimer ![]() ~Replace this with your welcome note♥ My Music ![]() SpeakByMe ClapToThem
| ❊Bab Satu❊
Sunday, 15 January 2012 | 02:08 | 1 panda
Aku tiba di stesen bas yang sesak dengan penumpang dan pelbagai kenderaan. Aku terpaku dek terkejut melihat ibu dan ayah yang sudah pun berusia yang sanggup menunggu kepulanganku. Tiba-tiba hatiku terasa sayu sekali ketika melihat ayah dan ibu. Hati ayah dan ibu melonjak riang saat melihat kelibatku disitu. Mereka mula mengukir senyuman yang tidak mampu aku lupakan. Tanpa diseru lantas aku berlari lalu memeluk ayah dan ibu dengan erat. pelukanku disambut oleh auah dan ibu sambil menitiskan airmata tanda gembira."Ya Allah ya Tuhanku, aku amat merindui mereka,sudah 7 tahun kami berpisah akhirnya dengan takdirMu aku berkesempatan untuk berjumpa keluarga tersayangku. Alhamdulilah ayah dan ibu sihat. terima kasih Ya Allah, dengan berkatMU memberi kesempatan ayah dan ibu dapat menjemputku. Aku sangat gembira mendapat kenikmatan yang kau beri Ya Allah" monologku di dalam hati sambil tersenyumAyah hanya berkerja sebagai pemandu lori sahaja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Ibu pula hanya suri rumah sepenuh masa yang menjaga makan minum kami sekeluarga. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Kakak dan abang-abangku sudah berjaya ke menara gading dan sudah mendapat segulung ijazah. Kakak sulungku berjaya menjadi doktor pakar, abang keduaku sudah menjadi askar, abang kembarku itu dua-dua sudah menjadi peguam. Hanya aku seorang sahaja yang sedang menunggu tawaran kerja. Al maklumlah baru tamat belajar di sebuah universiti iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM). Disana aku mengambil jurusan perubatan doktor veterina kerana aku bercita-cita untuk menjadi doktor veterina . Ibu dan ayah tidak pernah menghalang aku untuk menjadi apa yang aku mahu. |