<_SpeakNow_
ViewHere

StoryMeThem


LittleDisclaimer

Hello Everyone,welcome to my wonderful land,fell free to navigate around.. Please don't remove the credit and respect me,:)
~Replace this with your welcome note♥
My Music



SpeakByMe



ClapToThem
❊ Bab Dua❊
Thursday, 26 January 2012 | 03:20 | 1 panda
Pada petang itu, aku sampai di kampung halaman ku. Hatiku melonjak riang melihat aku di tempat asal ku sendiri. Aku melihat banyak perubahan sejak aku meninggalkan kampungku kerana ingin mengejar impianku. AKu sangat rindukan suasana kampung halamanku. Angin sayup-sayup meniup dan dapat dirasakan oleh ku seakan-akan memanggil dan menyambut kepulanganku. Aku rindu segala-galanya yang aku lalui bersama rakan sepermainan ku iaitu Ahmad Rayyan. hahaha. nama dia seakan-akan ala inggeris kn? haha. Al-maklum lah,kacukan. Yang paling penting aku rindukan gelakan "jongos" nyaa. haha.

Aku dan Rayyan kawan dari kecil lagi. besar sama-sama kecik sama-sama. Sama-sama cerdik sama-sama bodoh. haha. Ibu dan ayah memang sangat rapat dengan keluarga Rayyan. Keluarga Rayyan sangat baik,aku dianggap seperti anak sendiri oleh keluarga Rayyan. Tuan Arshad dan Puan Aishah memang sangat sayangkan kami berdua. Sebab itu jugalah aku terlampau rapat dengan kelurga Rayyan, sehinggakan peminat-peminat Rayyan memcemburui aku. Tapi aku langsung tidak menghiraukannya, kerana aku pergi ke sekolah untuk belajar bukan nya bergaduh disebabkan seorang lelaki.



Aku dibuai kisah silam, sampaikan ibu terperasan akan kelakuanku yang pelik yang tergelak seperti digeletek oleh seseorang. Ibu menyapaku "Amboi,kenapa kamu ni? sihat ke tidak?" Iris terkejut dengan sapaan oleh ibunya "Hehe, mana ada ibu, saya sihat jelah" sahutku. Ibu hanya tergelak melihatku sambil mengelengkan kepalanya.

Aku menjerit kecil dan menanya ibu "Ibu, Rayyan mana? lama sungguh tidak bertemu budak "jongos" tu.". Ibu pelik melihat ku samabil berlalu pergi. Aku hanya terdiam sepi lalu tersenym sendirian. Aku mengangkat semua barang aku dan menjenguk ibu di dapur. IBU kelihatan sibuk memasak sehinggakan tidak dapat merasakan kehadiranku. Aku melangkah perlahan lalu menjerit 'IBU' lalu memeluk ibu. Melatah ibu bagaikan senapang gajah. Aku ketawa sambil mengesat airmataku melihat keletah ibu.

Dan tanpa ku sedari kedengaran suara lelaki yang sangat aku kenali. Rupa-rupanya lelaki "jongos" itu ada. Rayyan namanya. Rayyan jugak ketawa terbahak-bahak melihat keletah ibu. Aku tergamam melihat dia lalu menghampiri dia dan aku melepaskan tumbukan. Tumbukan aku mendarat di perut lelaki "jongos" (Rayyan) itu. Rayyan hanya tergelak kecil sambil memegang perutnya menahan sakit akibat menerima tumbukan aku sebentar tadi. Dia tergelak sampai ingin berguling melihatku yang sudah mula membuka silat.

Aku berkerut dahi dan berdialog seperti zaman Hang Tuah dahulu"Hey Jebat! berani kau menceroboh kawasanku?""Haha. hoi Tuah, berani kau memarahi aku, kau siapa huh?' ejek Rayyan sambil gelak nakalnya tapi bagiku itu adalah gelak "jongos"nyaa. Aku mulakan langkah dan menjerit untuk memukulnya. Dia lari lintang-pukang mengelilingi dapur rumahku."Jaga kau Jebat!Aku dapat kau nanti aku semebelih kau!"ujarku. Rayyan sembunyi di belakang ibuku. Ibuku mengambil senduk kayu lalu mengejar aku dan Rayyan.


Older Post | Newer Post